Utama e-Fidyah MAIK
04 - 702 6200 maik@kedah.gov.my
Selamat Datang
Harga Beras
Iklan Fidyah
Dah Bayaq Fidyah
HEBAHAN
Kadar fidyah terkini bagi negeri Kedah Darul Aman: Kadar Pertama: RM2.60/cupak (Beras Tempatan), Kadar Kedua: RM4.30/cupak (Beras Import), Kadar Ketiga: RM6.60/cupak (Beras Basmathi)

Apa Itu Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan sehingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Amanah Baitulmal Kedah sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Pembayaran

Pengiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Bangunan Wan Mat Saman, Alor Setar atau kepada wakil MAIK di setiap pejabat agama daerah.

Golongan yang Perlu Membayar Fidyah

  • 1. Uzur menunaikan puasa wajib
    Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa.
  • 2. Perempuan hamil
    Jika dibimbangi akan keselamatan bayi (seperti keguguran). Dikenakan fidyah dan qada' puasa.
  • 3. Ibu yang menyusukan Anak
    Jika bimbang memudaratkan bayi (kurang air susu). Dikenakan fidyah dan qada' puasa.
  • 4. Orang yang telah meninggal dunia
    Waris perlu menyempurnakan bayaran fidyah bagi pihak arwah sebelum pembahagian pusaka.
  • 5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada')
    Melambatkan qada' hingga melangkah ke Ramadhan tahun berikutnya. Fidyah berganda mengikut jumlah tahun.

CABUTAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI KEDAH

3 APRIL 2014 | 03 JAMADIL AKHIR 1435

FATWA MENGENAI FIDYAH DAN KAFARAH

Membayar fidyah dan kifarah dengan menggunakan wang atas muslihat masyarakat masa kini adalah diharuskan mengikut pandangan mazhab Hanafi. Ini merujuk kepada siasah khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mengharuskan mengeluarkan zakat dalam bentuk nilai.

Hadith 1

Maksud: Berkata Imam Al Tsauri dan Imam Abu Hanifah dan para sahabatnya: Harus mengeluarkan zakat dalam bentuk tunai.

Hadith 2

Maksud: Nabi ﷺ bersabda: "Kayakan mereka iaitu orang-orang miskin pada hari ini (hari raya)... wang ringgit membolehkan mereka membeli keperluan sama ada makanan, pakaian dan apa yang mereka perlukan."


Gandaan Fidyah

Merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie pembayaran kifarah dan fidyah yang tertangguh hendaklah digandakan bagi golongan berkemampuan. Bagi golongan miskin atau fakir, ia tidak perlu digandakan.

Hadith 3

Kafarah Persetubuhan

Kafarah hendaklah mengikut tertib: Mendahulukan pembebasan hamba, jika tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

Hadith 4

Diriwayatkan dari Abu Hurairah رضي الله عنه beliau berkata seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ seraya bertanya: Puasa aku telah binasa hari ini...

Hadith 5

Maksud: Hadith mengenai lelaki yang bersetubuh di siang Ramadhan dan diberikan keringanan oleh Nabi ﷺ.

KADAR BAHARU FIDYAH ATAU KAFARAH (1447H/2026M)

Berkuatkuasa Pada: 19 Februari 2026

Berdasarkan Peraturan 28 (2) Peraturan-Peraturan Baitumal (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024, kadar baharu fidyah atau kafarah bagi tahun 1447H bersamaan 2026M.

Diwartakan Pada : 29 Februari 2024

Berkuatkuasa Pada : 12 Mac 2024

Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengeluarkan kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 1447H bersamaan 2026M adalah seperti berikut :

Kadar Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah Jenis Beras
RM9.00 Beras Tempatan
RM15.00 Beras Import
RM23.00 Beras Basmathi

Kaedah pengiraan kadar fidyah atau kafarah adalah nilai satu per empat (1/4) daripada kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Kadar Fidyah atau Kafarah (1/4 Zakat Fitrah)

Kadar Fidyah / Kafarah Jenis Beras
RM2.60 Beras Tempatan
RM4.30 Beras Import
RM6.60 Beras Basmathi

* Kadar baharu fidyah dan kafarah adalah termasuk caj perkhidmatan 15% yang ditetapkan oleh MAIK.

Disediakan oleh: Ketua Unit TABK

Tarikh: 18 Feb 2025